Dewa raja

Dewa raja adalah anutan pemujaan "tuhan-raja", atau pendewaan raja dalam pelbagai peradaban purba seperti di Asia Tenggara, Mesir, Maya dan lain-lain.[1]

Jayavarman VII, seorang tuhan-raja dari zaman Kerajaan Kemboja.

Kultus dewa raja ini berkembang daripada kedua-dua agama Hindu dan tradisi asli.[2] Ia mengajar bahawa raja ialah seorang pemerintah yang menjadi jelmaan bagi seorang dewa misalnya Siwa atau Wisnu. Konsep ini melihat raja sebagai mempunyai sifat ketuhanan di bumi dalam jiwanya. Ia ini berkait rapat dengan konsep Chakravartin India (raja universal). Dalam politik, ia dilihat sebagai perwajaran pemerintahan raja. Dewa raja diperkenalkan dan digunakan di alam Jawa dan Kemboja purba, di mana binaan seperti Prambanan dan Angkor Wat telah didirikan untuk meraikan peraturan dewa raja di bumi.[3]

  1. ^ Sengupta, Arputha Rani (Ed.) (2005). "God and King : The Devaraja Cult in South Asian Art & Architecture". ISBN 8189233262. Dicapai pada 14 September 2012.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  2. ^ "Devarāja". Britannica. Cite has empty unknown parameters: |1=, |2=, dan |3= (bantuan)
  3. ^ The Buddhist World of Southeast Asia, By Donald K. Swearer

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search